Thursday, April 25, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah : Makan Malam Bersama Kaum India Di Wangsa Maju





Pada 25 April 2013 Jam 8.30 malam, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah menghadiri satu majlis makan malam bersama kaum india yang telah diadakan di Wangsa Maju Seksyen 2.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 300 penduduk kaum india sekitar Wangsa Maju.




Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dalam ucapannya semasa majlis tersebut telah berkata, bahawa kaum india di Wangsa Maju tidak perlu risau memandangkan beliau adalah seorang calon melayu, kerana beliau berjanji yang beliau akan sentiasa menjaga kepentingan semua kaum.Ucapan tersebut telah disambut dengan tepukan gemuruh.

Rata-rata penduduk yang hadir, memuji Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah di atas kerja keras beliau selama ini yang terus berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira batasan kaum selaras dengan slogan 'Dari Rakyat Untuk Rakyat' dan para pengunjung yang hadir berjanji akan memberikan sokongan pada PRU 13.

Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah kemudian berjalan untuk bersalaman bersama kesemua pengunjung yang hadir dan disambut baik oleh setiap pengunjung



0 comments:

Post a Comment