Saturday, April 13, 2013

Lawatan Bermotor Ke Rumah-Rumah Mangsa Banjir Dan Rumah Rosak

Pada 13 April 2013, bermula jam 8.30 Pagi, YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju telah mengadakan Lawatan Bermotor ke rumah-rumah mangsa banjir dan rumah rosak di sekitar Kg Puah, Kg Sg Merali dan Kg Lee Kong Chian serta PPR Sri Kedah di dalam Parlimen Wangsa Maju.

Dalam program tersebut YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir dan beliau juga turut berjanji untuk menyelesaikan masalah rumah rosak yg dihadapi masyarakat di kampung-kampung tersebut dalam masa 1 minggu.

Program itu juga menyaksikan YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah melawat di Tokong di Setapak yang mengadakan program sumbangan kepada warga miskin dan kurang upaya

Dalam program lawatan ke kira-kira 50 rumah itu rata-rata penduduk melahirkan rasa gembira serta bersyukur atas kesudian YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melawat dan membantu mengatasi masalah yg mereka hadapi.













Lagi Gambar Klik Sini

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!!!
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Saksikan Video Di Bawah


1 comment:

  1. Berbagai pendapat mengenai DMSA dan DYTL di Wangsa Maju. Namun sebagai penduduk di WM saya lihat dua tokoh BN ini sangat berkerja keras tanpa sifat jemu. Kita akui bahawa memang wujud perbezaan karektor antara keduanya namun kedua tokoh ini telah membuktikan bahawa mereka adalah layak mewakili rakyat di WM berbanding calon pembangkang yang lain. Apa yg kita harapkan adalah pihak tertinggi BN mampu membuat keputusan yang bijak dan pada pihak yg tidak ada rezeki sebagai calon harus mengutamakan kemenangan BN di WM. Saya percaya bahawa dua tokoh ini cukup matang dalam issue ini dan diharapkan jentera PRU 13 WM akan terus menyokong mana-mana calon yg akan ditentukan esok. DYTL banyak berjasa begitu juga DMSA. In sha allah kita akan terus bersatu dan menyokong mana-mana calon yg akan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi BN. Saya mengenali dua tokoh ini dan kerap berkerjasama dengan mereka beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka telah membuktikan kualiti kerja yang begitu tinggi. WM amat bertuah kerana mereka ini tidak mengenal penat jerih walaupun WM berada dibawah YB bebas. Maka sokongan dari kita semua warga Wangsa Maju adalah diperlukan 100% demi kesinambungan kemajuan ekonomi, sosial juga keselamatan di Wangsa Maju. Saya berharap agar semua penyokong BN akan berdiri teguh dibelakang mana-mana calon yg terpilih. Bersama kita teruskan perjuangan masa depan kita bersama. ... Dari Tmn Melati Utama.

    ReplyDelete