Pada 8 April 2013 Jam 9 Malam Jentera Pilihanraya BN Wangsa Maju dengan rasminya telah dilancarkan bertempat di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.
Turut hadir Pemimpin-pemimpin parti komponan BN yang lain antaranya dari MIC, PPP, Gerakan, dan Persatuan Makkal Sakti serta beberapa kepimpinan UMNO Wangsa Maju.
Kehadiran YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah disambut dengan sorakan dan tepukan yg gemuruh dari kira-kira 2500 gerak kerja pilihan raya yg memenuhi di dalam dan luar dewan.
Semangat yang ditunjukkan kesemua gerak kerja jentera pilihan raya BN amat dikagumi dan mereka bersedia untuk menyerang habis-habisan bagi memastikan kerusi Parlimen Wangsa Maju kembali ke Parti Barisan Nasional
0 comments:
Post a Comment