Wednesday, April 24, 2013

Apa Sudah Jadi?? Kit Siang Tak Sebut Anwar Sebagai Calon PM??




Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri pilihan menunjukkan hubungan kepimpinan dalam pakatan pembangkang yang semakin rapuh.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh Siew Hock berkata, ura-ura Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipilih menjadi Perdana Menteri hanya satu taktik DAP untuk memancing dan memperdaya pengundi kaum Cina.

"Tindakan Kit Siang bertanyakan khalayak di Johor sama ada mereka memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri telah menunjukkan wajah sebenar DAP.

"Hakikatnya, Kit Siang langsung tidak menyebut Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan ini menunjukkan satu undi DAP bermakna satu undi kepada Pas, mereka hanya mahu menguji reaksi dan penerimaan komuniti Cina terhadap Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Jason, niat DAP bertanding di Johor adalah bagi memberi peluang kepada Pas berkuasa di negeri itu dan mengambil kedudukan Menteri Besar.

"Sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Pusat, Pas yang akan memperoleh kejayaan dengan mendapat jawatan Perdana Menteri dan mereka akan memperkukuhkan lagi kedudukan di Johor," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, pertembungan akan berlaku dalam DAP antara keluarga Kit Siang dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Begitu juga setiap kali isu hukum hudud Pas timbul, Karpal berkeras menolak perkara itu, namun Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP akan cuba menyembunyikan niat sebenar Pas," katanya.

Jelasnya, berbanding dengan Karpal, keluarga Lim mempunyai pengaruh lebih besar dalam DAP sehingga kenyataan mereka menjadi polisi parti sementara kata-kata Karpal hanya disifatkan sebagai pandangan peribadi.-UTUSAN

0 comments:

Post a Comment