Monday, April 29, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: Ingin Berbakti Bukan Ingin Popular


Calon Barisan Nasional bagi kerusi P116 Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, berkata, tujuannya menceburi bidang politik adalah bukan untuk popular tetapi ingin membantu.

Atas dasar itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju dan bapa kepada lima orang anak itu komited menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan penduduk pelbagai kaum di kawasan itu.

"Saya tidak merancang untuk ke tahap ini. saya masuk politik bukan mahu cari populariti tapi mahu kepuasan.

"Justeru, saya akan laksanakan sesuatu kepada penduduk di sini kerana prinsip saya berpolitik adalah ingin membantu mereka yang susah,"

Mengenai isu yang ingin diperjuangkan,Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah berkata, pemindahan bazar larut malam Uptown Danau Kota kini sedang dalam proses dan sudah mendapat kelulusan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Insya-Allah selepas pilihanraya, kerja-kerja pemindahan uptown ke kawasan berhampiran JPJ (cawangan Wangsa Maju) akan dilakukan,"katanya.

Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bertanding menentang Calon PKR, Dr Tan Kee Kwong.

Penyandang kerusi itu sebelum ini adalah Wee Choo Keong dari PKR sebelum keluar dari PKR dan bergerak bebas.

Sumber Kosmo

0 comments:

Post a Comment