Friday, April 5, 2013

Lawatan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Ke Parlimen Wangsa Maju

Pada hari Jumaat 5 April 2013 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah datang ke Parlimen Wangsa Maju untuk Bersembahyang Jumaat dan Jamuan bersama rakyat serta sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Puah Gombak.

Lawatan ini juga merupakan satu siri turun padang untuk bersama rakyat setelah Parlimen dibubarkan beberapa hari yang lepas.

Turut hadir di program tersebut adalah YB Raja Nong Chik, serta tuan rumah bagi Parlimen Wangsa Maju YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah

Setelah selesai bersolat Jumaat, majlis sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Puah Telah diadakan dan seterusnya majlis jamuan bersama rakyat di Parlimen Wangsa Maju.

Kira-kira 3000 masyarakat sekitar menghadiri program ini..














0 comments:

Post a Comment