Thursday, April 18, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Ceramah Bongkar Di Teratai Mewah


Pada 17 April 2013 kira-kira jam 9 Malam satu program siri ceramah Bongkar:Isu-Isu Semasa telah diadakan di Teratai Mewah, Setapak.

Ceramah ini disampaikan oleh Calon Barisan Nasional P116 Wangsa Maju, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah yang juga merupakan Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Selain itu majlis turut memperkenal Saudara Jafrei bin Hj Nordin yang merupakan bekas pegawai khas Ronnie Liu.

Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 1000 penduduk sekitar Teratai Mewah yang terdiri dari kaum melayu cina dan india.

Kebanyakan penduduk yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Calon Barisan Nasional P116 tersebut.









Video Ucapan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah

0 comments:

Post a Comment