Sunday, April 28, 2013

Hishamuddin Selar Pembangkang Politikkan Isu Jenayah


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan kes kematian Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim yang maut selepas ditembak pagi tadi.

Menurut Hishammuddin, tindakan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan insiden berkenaan merupakan perkara yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam suasana kempen pilihanraya yang sedang hangat berlangsung sekarang.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat motif insiden berkenaan. Saya difahamkan pihak kastam telah meningkatkan penguatkuasaan.

"Kalau memecahbelahkan keharmonian, keselamatan, polis akan mengambil tindakan yang patut.Tetapi kalau mereka (pembangkang) nak jadikan insiden ini sebagai bahan politk, rakyat yang akan mengambil tindakan yang patut,"katanya

Terus Baca Di Sini

0 comments:

Post a Comment