Tuesday, April 30, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah: Sekitar Hari Undian Awal Polis Dan Tentera


30 April 2013 merupakan hari undian awal atau lebih dikenali sebagai undi pos bagi PRU 13 kali ini. Bagi Parlimen Wangsa Maju antara pusat mengundi awal yang disenaraikan oleh pihak SPR adalah Sek Ren Agama Kem Wardieburn, Kompleks Sukan Hospital Tuanku Mizan Dan Balai Polis Setapak,



Tinjauan di Sek Ren Agama Kem Wardieburn kira-kira jam 10.30 Pagi tadi menyaksikan hampir 1000 anggota angkatan tentera Malaysia telah datang bagi melaksanakan tanggungjawab.

Antara kelihatan di Sek Ren Agama Kem Wardieburn adalah calon BN Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, serta calon PKR Dr Tan Kee Kwong



Calon BN Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dilihat bersalaman bersama pengundi-pengundi sebelum bergerak ke lokasi undian seterusnya di Kompleks Sukan Hospital Tuanku Mizan.

Di Kompleks Sukan Hospital Tuanku Mizan kira-kira 100 anggota keselamatan dari angkatan tentera Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka.

Di Balai Polis Setapak, tinjauan pada jam 12 tengahari melihat hanya kira 50 anggota Polis menunaikan tanggungjawab.

Hari mengundi awal bagi anggota polis dan tentera ini bermula sejak jam 8 pagi dan pusat mengundi dijangka ditutup pada jam 7 Petang.



5 comments:

  1. Ego UMNO, lagak TUAN BESAR BANGSAWAN MELAYU, yang perdambakan “Ketuanan Melayu” tapi suka hina & tindas sesama bangsa yang mana tak sebulu dengan nafsu serakah pemimpin mereka.... terutama PAS, PKR, dll......

    Bongkak UMNO, lupa diri MABUK KUASA.. mengalah kuasa monarki Raja2 Melayu, tak pernah merasa diri sendiri yang penuh kedurjanaan dalam kuasanya.... PDRM (Polis) menjadi alat kuda tunggangan / pusat/ ibu segala konspirasi, fitnah & penindas Melayu bukan UMNO ....... atas nama kerajaan/ undang2. Begitu juga seluruh jentera kerajaan, SPR, SPRM, Mahkamah, RTM, Media Perdana,... serta harta Negara dieksploitasi setiap masa dan peluang untuk matlamat politik sempit UMNO ....

    Ketamakan UMNO ... mendambakan “hak istimewa Melayu & bumiputera” tapi semua kontrak/ permit/ subsidi milik kerajaan hanya untuk kroni2 ketua UMNO yang boleh 'masyuuuk' kepada mereka saja.. Bagitu juga jawatan2 dalam segala organisasi/ syarikat/ institusi kerajaan hanya sanya milik orang2 UMNO/ pro UMNO.. yang lain pinggirkan.. bahkan senarai AJK Surau/ Masjid ... pihak2 berkuasa JAWI/JAIN.... mesti dapat restu dari Tuan2 Besar UMNO dulu.....

    Itulah kotor dan jijiknya darjah 'najis politik UMNO' .... yang diperjuangkan oleh pencacai2 upahan UMNO yang pendek akal .... penyokong2 UMNO.. berjuang menegakkan "kemungkaran dan kezaliman" atau orang2 alim yang "bersyubahat" dengan para ahli fasik @ ahli maksiat @ ahli zalim UMNO.....

    Hapuskan & elakkan dari "NAJIS POLITIK UMNO" ! Bersama PAS, barisan pimpinan Dai’e/ Aktivis Islami. Semoga Melayu/Islam/Ummah selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni satu contoh lagi melayu dengki layak dikatakan sebagai pemikiran orang yang dalam kotak pembangkang.kerja dia satu jer... membangkang! sumber pun dengar cakap orang.cerita semua perkara yang buruk aje macam dah tak ade yang baik lagi dah...sebab apa? politik kebencianla...

      Delete
  2. Itulah sikap silo dan egonya pemikiran ketua2 lanun UMNO ...... Bongkak dengan kuasa dan angkuh status jawatan ......... ego tak bertempat............ walaupun “proses demokrasi rakyat” sedang subur dan rancak serta semakin matang ....

    hehehehehe..... UMNO= Undemocratic Malay National Organisation, ......................

    UMNO undemocratic policies and draconian rules should be eliminated at all. Bersihkan Negara dari “najis politik UMNO” yang semakin membarah:

    RASUAH, PENYELEWENGAN, DAN PEMBAZIRAN;

    POLITIK WANG dan peralatkan “peruntukan pembangunan Negara dan ufti syarikat2 kroni/proksi/GLC” menyonggok pengundi2,

    POLITIK DISKRIMINASI dan peralatkan “SPR, PDRM, SPRM, RTM, TV3, JPN, ISA, AUKU, AKTA CETAK, ...... dsb.” Menindas pembangkang dan suara hati rakyat;

    POLITIK KAPITALIS dan peralatkan “Hak Istimewa Melayu / Bumiputera” untuk kepentingan segilitir saudagar kroni memboloti harta dengan membebankan tanggungan rakyat;

    POLITIK FEUDAL dan peralatkan “Institusi Istana dan Institusi Agama” bagi mengekal kuasa mutlak UMNO untuk menjumud, menyesat, meleka dan menindas rakyat dengan doktrin politik sekular kapitalis UMNO;

    Kelanunan UMNO bermula dari SPR. Amalan politik kotor, ketidakadilan serta ketidaktelusan pilihanraya dan pemilihan pemimpin Negara oleh SPR akan melahir pemimpin korup yang zalim. Pemimpin korup akan meresahkan rakyat dan memporakperandakan Negara.

    Seluruh rakyat bersama PR ...... untuk “PR dari kotoran najis politik jijik UMNO/BN!”

    ReplyDelete
    Replies
    1. merepek apa lu bai? cerita macam profesor serba tau padahal sumber hentam keromo.

      Delete
  3. SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
    Kenapa mamat ini seorang sahaja merungut dan merapu disini selepas waktu magrib semalam?
    Kalau ya pun bagi lah salam dulu dan cerita baik-baik. Bawa mengucap dan bersabar. Istigfar banyak-banyak. Kawal perasaan dan jangan rosakkan pemikiran. Inilah akibat banyak sangat dengar ceramah parti pembangkang. Solat itu kan mencegah kamu daripada membuat perkara keji dan mungkar.

    ReplyDelete