Thursday, April 18, 2013

PRU 13: Pakatan Makin Bergolak



Menjelang penamaan calon Sabtu ini pakatan pembangkang terus berhadapan dengan pergolakan dalaman yang serius berhubung pemilihan calon, perebutan kawasan serta sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.

PAS Kelantan  sebagai contoh menerima bantahan dalaman apabila senarai calon tidak mendapat sokongan, ada unsur-unsur kronisme mempunyai masalah moral dan skandal sehingga pengumuman terpaksa ditangguhkan banyak kali.

Beberapa Cabang Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK ) pula bertelingkah sesama sendiri dalam soal pemilihan calon seperti mana di Teluk Kemang.

Di Perak, Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani umum bertanding sebagai Calon Bebas Kerana Kecewa pucuk pimpinan lebih memgutamakan calon luar.

Di Kuala Terengganu, perebutan kerusi antara PAS dan PKR tidak berkesudahan apabila masing-masing berkeras mahu meletakkan calon di tiga kerusi Dewan Undangan negeri ( DUN ).

Di Johor Bahru, tiga penyandang kerusi DUN iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng ( Senai ), Gwee Tong Hiang (Bentayan) dan Ng Lam Hua ( Mengkibol ) digugurkan.

Dalam pada itu bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong menjangkakan berlaku sabotaj besar oleh ahli-ahli pakatan pembangkang sendiri terutamanya PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.

0 comments:

Post a Comment