Proses Penamaan Calon P116 Parlimen Wangsa Maju menyaksikan pertembungan 2 Penjuru antara Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dari Barisan Nasional menentang Dr Tan Kee Kwong dari PKR.
Dalam majlis yang bermula pada jam 9 Pagi di Dewan SMK Wangsa Melawati itu, keadaan agak tenang dan terkawal dengan penyokong masing-masing tidak melakukan sebarang provokasi.
Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah tiba pada jam 8.40pagi sebelum diarak penyokong Barisan Nasional ke dewan penamaan dan menyerahkan borang pada jam 9.05pagi.
Dr Tan Kee Kwong pula dilihat tiba kira-kira jam 9.00pagi dan menyerahkan borang pada jam 9.10pagi.
Tepat jam 10 pagi Ketua Pegawai SPR bagi Parlimen Wangsa Maju mengumumkan masa bagi menyerahkan borang telah tamat dan tepat jam 10.30Pagi, pengumuman mengenai calon yang bertanding di buat.
Walaupun keadaan tenang dan terkawal, suasana meriah dirasai apabila Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah calon bagi Barisan Nasional diiringi oleh sekurang-kurang 5000 penyokongnya.
Manakala bagi calon PKR, dia dilihat diarak oleh hanya 300 penyokong sahaja.
Terbaik....!
ReplyDelete