Sunday, April 21, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Program Ramah Mesra Rakyat Di Pasar Tani, Pasar Cina Dan Taman Melati


Pada 21 April 2013 bermula jam 8 pagi, Calon BN bagi P116 Wangsa Maju , Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah datang ke beberapa tempat bagi program ramah mesra bersama rakyat.

Program ini bermula kira-kira jam 8 pagi di mana tempat pertama adalah Pasar Tani Danau Kota..Di sini Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjumpa dan bersalaman dengan setiap peniaga serta pengunjung yang mengunjungi pasar ini.



Sejurus tamat di Pasar Tani Danau Kota,Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Pasar Cina Teratai Mewah, Setapak.

Di sini kebanyakan pengunjung serta peniaga pasar ini kelihatan terkejut serta gembira kerana Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah sudi melawat serta beramah mesra di tempat mereka

Dan di pasar ini juga Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menerima aduan tentang longkang yang tersumbat dan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah mereka dalam masa seminggu.





Selesai di Pasar Cina Teratai Mewah, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah bergerak ke lokasi seterusnnya iaitu di Flat DBKL Blok 28, Taman Melati.

Di situ Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah dijemput oleh persatuan penduduk di sana di mana mereka menganjurkan program gotong royong





Dari Rakyat Untuk Rakyat

Undilah Calon Barisan Nasional



0 comments:

Post a Comment