Friday, April 19, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Dato' Shafei Bersarapan Pagi Di Medan Idaman


Pada Jumaat 19 April 2013, kira-kira jam 9 Pagi Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Calon Barisan Nasional P116 Parlimen Wangsa Maju telah turun ke padang untuk bersarapan pagi di Medan Idaman, Setapak.

Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah memilih kedai roti canai Mahmud sebagai tempat untuk bersarapan pagi.

Program ini adalah merupakan salah satu daripada siri program turun padang bagi berjumpa penduduk dan mendengar rintihan dari penduduk.

Kebanyakan pengunjung kedai ini yang terdiri daripada penduduk sekitar merasa gembira setelah bayaran bagi makanan mereka diselesaikan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dan menyatakan sokongan mereka kepada Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah sebagai calon BN P116 Parlimen  Wangsa Maju.









0 comments:

Post a Comment