Tuesday, April 9, 2013

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kg Puah Dari Bomba Dan Penyelamat WPKL


Pada 9 April 2013 Jam 9 Pagi satu majlis sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg Puah daripada Bomba dan Penyelamat WPKL telah diadakan di perkarangan Surau Nazariah, Kg Puah, Gombak.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, En Khirudin Husaini ,Pengarah Bomba Dan Penyelamat WPKL, Ketua Balai Bomba Sentul, Ketua Balai Bomba Wangsa Maju, Ketua Balai Bomba Setapak Dan Ketua Bomba Sukarela Bukit Bintang.

En Khirudin Husaini dalam ucapan nya menyatakan sumbangan tersebut merupakan salah satu dari aktiviti Santai Komuniti Bomba dan Penyelamat di mana sumber dana adalah dari para pegawai bomba dan penyelamat sendiri

Sementara itu YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dalam ucapan menyatakan beliau sangat berterima kasih serta terharu apabila pihak Bomba dan Penyelamat WPKL bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan tersebut.












0 comments:

Post a Comment