Wednesday, April 17, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah:Pendekatan Realiti Bukan Retorik Formula Terbaik BN Wangsa Maju



Pendekatan lebih realistik dan bukan bersifat retorik merupakan formula Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju untuk mendekati rakyat.

Calon P116 Parlimen Wangsa Maju Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah yang juga merupakan Ketua Penyelaras BN Wangsa Maju berkata, pendekatan ini telah lama dilaksanakan dan diterapkan kepada setiap gerak kerja beliau.Bukan hanya sebelum pilihanraya.

Antaranya dengan melaksanakan Klinik Rakyat BN pada setiap hari bermula jam 9 Pagi hingga 1 Petang di pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju selain dari orang ramai boleh berjumpa beliau ketika beliau bersarapan pagi di sekitar Wangsa Maju.

Tidak terkecuali dengan jentera beliau sering melakukan program 'Walkabout' menjelajah ke seluruh pelusuk di dalam Parlimen Wangsa Maju bagi mendekati rakyat.Fokus bukan hanya melawat mangsa-mangsa banjir tetapi juga melawat warga-warga emas serta orang-orang sakit dan kurang upaya.

Beliau turut menjelaskan kekalahan pada PRU12 merupakan cabaran kepada BN Wangsa Maju untuk menjadi lebih Pro Aktif.

Beliau turut menjelaskan, misi mendekati rakyat bukan hanya untuk meraih undi tetapi lahir dari hati yang ikhlas.

Katanya lagi, pembangunan di Wangsa Maju bukanlah omong2 kosong dengan mengambil kira pembangunan dari pelbagai aspek berkaitan pembangunan dan sosial.




0 comments:

Post a Comment