Monday, April 29, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah : Rentetan Program Walkabout (28 April 2013)




Pada 28 April 2013 iaitu bermula jam 8.00 pagi, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah beramah mesra bersama penduduk sekitar Wangsa Maju Seksyen4 di Bukit Joggers dan bersama Kumpulan senamrobik di Taman Melati.

Di situ Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah mendapati terdapat permasalah penduduk iaitu track dan padang yang digunakan penduduk itu berjoging serta senamrobik berlubang dan beliau berjanji akan membaiki nye.



Sejurus selepas itu, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melawat Kg Lee Kong Chan di Sg Mulia untuk mendekati masyarakat cina situ.

Terdapat pelbagai masalah yang di hadapi di Kg Lee Kong Chan di Sg Mulia itu di antaranya lubang longkang yang tidak di tutupi dengan sempurna dan kad pengenalan masyarakat cina di situ yang tidak diluluskan.






Pada sebelah petang, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah di jemput untuk merasmikan Persatuan Akademi  Bola Sepak di S.K Danau Kota. 

Selepas itu pula, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ke Persiaran Balau , La Villas Condo serta Wangsa Maju Seksyen2 untuk berjumpa penduduk di sana.

0 comments:

Post a Comment