Monday, April 22, 2013

P116 Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah: Lawatan TPM Ke Masjid Usamah b Zaid


Pada Isnin 22 April 2013 Jam 11.30 pagi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan Masjid Usamah b Zaid Wangsa Maju.

Majlis ini merupakan satu sesi perjumpaan antara YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama wakil-wakil dan ajk-ajk seluruh masjid,madrasah dan surau di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut kelihatan di majlis berkenaan adalah YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah selain dari tetamu jemputan khas yang merupakan Imam Masjid Nabawi, Madinah.

Dalam majlis tersebut satu penganugerahan kepada imam, bilal serta siak yang terbaik antara seluruh masjid,madrasah dan surau di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 000 untuk bantuan kepada seluruh masjid,madrasah dan surau di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.




 

0 comments:

Post a Comment