Monday, April 15, 2013

Pendedahan Yuktes Vijay Bekas Peguam Anwar Mengapa Beliau Tidak Mahu Anwar Jadi PM



MUKADIMAH

Nama YUKTES VIJAY hanya diketahui ramai setelah pemuda berusia 25 tahun itu menulis dua surat terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.

Kandungan surat-surat itu yang antaranya disiarkan oleh blog AIDC (http://www.anwaraidc.com) memang mengejutkan kerana ‘cerita-cerita dalaman’ berhubung kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut didedahkan.

Lebih mengejutkan, Yuktes yang pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada peguam yang mengendalikan kes tersebut, Sankara Nair, mengakui beliau sangat mengagumi Anwar yang dianggap sebagai idolanya.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurufoto, HALIM KHALID di Kuala Lumpur baru-baru ini, Yuktes menyatakan penyesalannya kerana membiarkan dirinya terpedaya dengan karisma Anwar. Matlamat perjuangannya kini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak melakukan kesilapan yang serupa. Tegas Yuktes, beliau tidak mahu melihat Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri.


MINGGUAN: Bilakah saudara mula bertemu dengan Anwar?

YUKTES: Tiga minggu selepas saya bekerja dengan Sankara Nair. Lokasinya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, kes saman fitnah Anwar terhadap Dr. Mahathir. Saya memang sangat gembira. Maklumlah, dapat berjumpa dengan idola saya buat kali pertama. Malah, saya bercita-cita ingin menjadi seperti Anwar. Beliau kata ingin membawa reformasi di negara ini dan melawan korupsi. Saya pun percaya kata-kata Anwar. Siapa yang tidak suka kalau ada orang yang ingin membawa kebaikan untuk negara kita.

Pada perjumpaan pertama itu, saya dapati Anwar seorang yang mudah mesra. Soalan pertama yang beliau tanya ialah berapa umur saya. Saya pun memberitahu Anwar umur saya 22 tahun. Kemudian, beliau tanya sama ada saya sudah mengisi borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi saya jawab tidak berminat dalam bidang politik kerana ingin menjadi seorang peguam.

Kembali kepada kisah saya bekerja dengan Sankara Nair. Saya tidak merungut sedikit pun sebab saya rasa seperti sangat beruntung kerana didedahkan dengan kes yang paling besar dan berprofail tinggi di Malaysia pada masa itu. Saya baru sahaja tamat pengajian. Jadi, mengapa saya perlu merungut? Semua kawan-kawan saya mahu berada di tempat saya.

Ketika saya mula menghadiri perbicaraan kes itu di mahkamah, Mohd. Saiful Bukhari telah selesai memberi keterangan. Berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan nota-nota mahkamah, saya mendapati ada sedikit persamaan antara kami berdua. Mohd. Saiful Bukhari memberitahu mahkamah, Anwar ialah idolanya. Anwar pun idola saya ketika itu. Pada masa itu saya amat membenci Mohd. Saiful Bukhari kerana beliau cuba mencaci idola saya.

Terus Baca Di Sini

1 comment: