Wednesday, April 10, 2013

'Kehilangan' Wan Azizah Menjadi Misteri!!!



Kehilangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika rakan-rakan pakatan pembangkang sedang berbincang menyelesaikan persoalan calon dan agihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menimbulkan tanda tanya.

Beliau nampaknya memilih berdiam seribu bahasa tentang pencalonan dan kerusi yang bakal ditandinginya, walaupun suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memutuskan beliau tidak bertanding pada PRU13.

Sebagai presiden parti, Dr Wan Azizah seharusnya hadir di setiap mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, namun dalam beberapa siri perbincangan antara parti-parti itu, beliau tidak kelihatan.

Satu kemungkinan yang dilihat oleh penganalisis politik berhubung perkembangan ini ialah Dr Wan Azizah semakin hilang peranannya sebagai presiden parti dan kepercayaan sepenuhnya diberikan Anwar selaku Ketua Umum PKR kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, untuk mengetuai semua mesyuarat dan keputusan parti.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan mengenai calon PKR kali ini ada melibatkan peranan Dr Wan Azizah atau beliau sendiri mungkin tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sehingga kini anak pasangan itu yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, masih yakin bahawa ibunya akan bertanding dalam PRU13.

Penganalisis politik melihat kemungkinan Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Bagaimanapun pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Bernama bahawa Dr Wan Azizah mengalami masalah suara dan demam dalam tempoh seminggu ini.

“Kini beliau sibuk dengan aktiviti walkabout untuk kempen parti,” kata Rafizi kepada pemberita di sini Selasa.

Ditanya mengenai pembabitan Dr Wan Azizah dalam urusan penentuan calon parti, Rafizi berkata: “dia (Dr Wan Azizah) tidak terlibat sangat dan dia ditugaskan untuk kempen raih undi kaum wanita seluruh negara”.

Rafizi berkata presiden PKR itu mungkin akan mengadakan sidang akhbar dalam masa dua tiga hari lagi

2 comments:

  1. Tuan...depa letak calon hebat macam mana pun,saya tetap undi BN,parti yg Bina Negara (BN) atau Building a Nation(BN).....manakala UMNO ia lah parti yang berjuang untok perpaduan Ummah (U),untok keutohan Melayu (M),berjiwa Nasionalisma (N),mere dah duri dan Onak (O)demi bangsa,ugama dan negara.

    ReplyDelete
  2. Ombak Rindu dah tiba ................ pru13 for CHANGE!

    Rakyat tolak UMNO/BN... Rakyat tolak RASUAH, PENYELEWENGAN, PEMBOROSAN, PEMBAZIRAN, PENIPUAN, PENINDASAN 56 tahun kerajaan BN.

    rakyat BIJAK & BERANI lenyapkan kuasa elit kapitalis UBN!
    rakyat MAJU & MARA kehadapan melenyek keegoan & kedajalan UBN!

    RAKYAT SOKONG PERUBAHAN... SOKONG PAKATAN! PRU13 UNTUK PERUBAHAN - MERDEKA RAKYAT!
    PRU13.. undi PR. mutlak. tanpa ragu2.

    ReplyDelete