Saturday, April 6, 2013

Program Malam Konvoi Mesra Barisan Nasional Wangsa Maju

Pada 5 April 2013 jam 9 Malam satu program yang dinamakan Malam Konvoi Mesra Barisan Nasional telah diadakan.

Program konvoi Anjuran Pemuda Barisan Nasional tersebut telah bermula dari pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju dan bergerak ke sekitar Parlimen Wangsa Maju bagi melawat kira-kira 17 PDM Barisan Nasional di dalam Parlimen Wangsa Maju.

Program konvoi yang disertai kira-kira 1300 gerak kerja pemuda tersebut telah dilepaskan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju.

Setelah selesai program tersebut YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah telah menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada setiap ahli gerak kerja Pemuda BN Wangsa Maju yang terlibat menjayakan aktiviti konvoi tersebut sambil disahut oleh jeritan sokongan oleh semua Pemuda BN tersebut lambang persediaan mereka untuk menyokong BN pada PRU 13.







2 comments:

  1. Sampai bila gejala Mat Rempit nak habis kalau ini yang selalu dimulakan oleh BN/UMNO?

    ReplyDelete
  2. UMNO & rempit berpisah tiada!

    ReplyDelete